Info

GarageBox.Org adalah laman teknologi dan perkara yang kami minati yang disampaikan mengikut perspektif kami sendiri dalam Bahasa Melayu. Jika ada idea baru yang masih belum diterbitkan di internet, kami akan sampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Sebarang pertanyaan dan permintaan, sila hubungi kami di webmaster[a]garagebox.org .


 

GarageBox.Org is a website about technology and anything we like to do according to our perspective in Malay. If we have a new idea that still not publish in the internet, we will publish it in English. Any inquiry & request, please email us at webmaster[a]garagebox.org .

Mengimbas virus menggunakan web broswer. PDF Print E-mail
Sunday, 03 September 2006 19:53
Anda menjumpai fail yang pelik dalam PC anda. Tidak tau samada fail itu virus atau bukan. Anti-virus pula tidak memberi apa-apa amaran. Untuk pengetahuan anda, sesuatu anti-virus dapat mengesan sesuatu virus jika dan hanya jika anti-virus mempunyai corak virus (virus pattern) yang menjadi rujukan atau signature kepada sesuatu virus. Maksudnya, anti-virus membuat perbandingan (semasa imbasan) antara fail sample (yang disyaki) dengan signature yang terdapat dalam pengkalandatanya (virus pattern). Corak virus ini perlu diperbaharui setiap masa untuk mendapatkan corak yang terbaru. Dengan itu, kita dapat mengelak dari serangan virus terbaru.

Setiap anti-virus dalam pasaran pula tidak mempunyai corak yang unik. Maksudnya, Sesuatu fail yang dijangkiti mungkin diisytiharkan sebagai virus oleh anti-virus A tetapi tidak pula pada anti-virus B. Perbezaan ini bergantung kepada pengeluar anti-virus itu sendiri. Mungkin anti-virus anda tidak mengesan apa-apa, tetapi PC anda telah lama dijangkiti.

Jika anda mempunyai fail yang disyaki, anda boleh mengimbasnya melalui laman web VirusTotal. Apa yang anda perlukan adalah menghantar fail sample kepada laman ini, dan laman ini akan mengimbas fail tersebut dengan 27 (mungkin lebih) jenis anti-virus yang terdapat dalam pasaran dengan corak yang terkini.

Anda boleh melihat contoh ini di mana, tidak semua anti-virus mengisytiharkan sesuatu fail itu virus.

http://www.garagebox.org/gallery/displayimage.php?pid=72&fullsize=1

 
You may send a trackback for this article by using the following Trackback link
Trackbacks provided by Trackback for Joomla




 
Twitter Digg Delicious Stumbleupon 

Custom Search