Info

GarageBox.Org adalah laman teknologi dan perkara yang kami minati yang disampaikan mengikut perspektif kami sendiri dalam Bahasa Melayu. Jika ada idea baru yang masih belum diterbitkan di internet, kami akan sampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Sebarang pertanyaan dan permintaan, sila hubungi kami di webmaster[a]garagebox.org .


 

GarageBox.Org is a website about technology and anything we like to do according to our perspective in Malay. If we have a new idea that still not publish in the internet, we will publish it in English. Any inquiry & request, please email us at webmaster[a]garagebox.org .

Perang dunia-3: Netherland vs Germany. PDF Print E-mail
Written by Mr Garage   
Monday, 21 November 2011 21:18

Nak dijadikan cerita hari ini, aku ada kelas di satu pusat latihan di KL. Penyampainya seorang rakyat Netherland yang tinggal di Thailand. Kelas aku ni, boleh dikatakan suku pesertanya orang asing. Telah berlaku satu insiden yang agak kurang menyenangkan dalam 2 jam pertama.

Masa rehat, isteri aku telefon aku pada waktu rehat. Masa tu, yang Si Dutch and si Duetsch duduk di sofa berasingan tetapi dekat la dengan sofa aku.

 

Isteri: Apa yang terjadi dalam kelas tadi?

Aku: Ada perang dunia ke-3 kat Malaysia tapi yang berperang, Belanda dan Jerman (saja cakap melayu supaya diorang tak faham).

Isteri: Gaduh ke? Pasal bola ke?

Aku: Takde la. Si Jerman tu banyak mulut. Yang Si Belanda tu tengah mengajar, Si Jerman suka menyampuk. Macam la dia tahu semua. Sampaikan banjir kat Kedah, Shah Alam dan Bukit Jelutong pun dia tahu.

Isteri: Dia dah duduk lama kat Malaysia kot?

Aku: Aha. 17 tahun. Dah tua pun orangnya.

Isteri: Apa yang terjadi?

Aku: Rasanya si Belanda tu dah hangin satu badan agaknya, selalu kena sampuk, lepas tu dia sound, “Can I continue? I have another 10 chapters until tomorrow.”

Isteri: Hhahahaha. Kena marah!

Aku: Eh, I nak off. Nak sambung kelas.

Isteri: Ok, bye.

German: Mu cakap apa dengan binimu? Ngumpat pasal aku ke?

Aku: Ekkk!?

 

- Apa yang diceritakan telah ditokok tambah. Maka, jangan percaya 100% heheheheh.

 

 

Last Updated on Monday, 21 November 2011 21:22
 
You may send a trackback for this article by using the following Trackback link
Trackbacks provided by Trackback for Joomla




 
Twitter Digg Delicious Stumbleupon 

Custom Search