Info

GarageBox.Org adalah laman teknologi dan perkara yang kami minati yang disampaikan mengikut perspektif kami sendiri dalam Bahasa Melayu. Jika ada idea baru yang masih belum diterbitkan di internet, kami akan sampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Sebarang pertanyaan dan permintaan, sila hubungi kami di webmaster[a]garagebox.org .


 

GarageBox.Org is a website about technology and anything we like to do according to our perspective in Malay. If we have a new idea that still not publish in the internet, we will publish it in English. Any inquiry & request, please email us at webmaster[a]garagebox.org .

Marah, belum tentu anda benar. PDF Print E-mail
Saturday, 30 July 2005 07:25
Hi. sudah lama kita tidak bertemu dalam artikel-artikel terbaru. Masalah sekarang, kami sangat sibuk dengan tugas baru dan juga hosting web ini mempunyai masalah. Kemungkinan kami akan migrate pada hosting yang lebih reliable.

pada kali ini kami ingin menceritakan masalah marah. Bukan apa, baru sekejap tadi kami telah dimarahi kerana lambat support untuk satu masalah PC login.

Belum lagi beralih tahi mata ini, kami telah dipanggil kerja kerana client kami tidak boleh akses workstation. Dengan hati yang berbelah bagi, pergilah jua.

Adalah menjadi satu amalan dengan tidak memberitahu pihak atasan terlebih dahulu masalah mereka ini. Kadang-kala masalah ini hanya kecil atau disebabkan oleh pengguna itu sendiri. Sampai di meja, power up PC, tidak boleh login, check IP, IP dah bertukar ke 192.168.*.* yang sememangnya bukan subnet kami.

Check dengan Head, adakah ada IP VPN migration testing sedang dijalankan, negatif. Ini bukan masalah luaran tetapi dalam network kita sendiri. Bagaimana ada DHCP server yang boleh supply IP 192.168.*.*? Hanya satu dalam fikiran, AP = Access Point yang telah disetkan default. Selalunya, pengilang menggunakan IP ini untuk default settingnya dan enable DHCP server. Dalam network kami ada 2 AP. 1) kemungkinan tiada masalah kerana telah lama digunakan. 2) Pernah ada masalah kerana tiada signal radio untuk WIFI. Check AP tersebut dan benarlah tekaan kami. Yang sesungguhnya, AP itu terletak pada bilik client yang complain.

Yang tidak bestnya, client marah-marah kenapa tak angkat telefon, walhal semasam dia call kami sedang mandi dan memandu kereta. itu pun nak marah ke? Don't provoke us, as long as the problem is caused by you.

 
You may send a trackback for this article by using the following Trackback link
Trackbacks provided by Trackback for Joomla




 
Twitter Digg Delicious Stumbleupon 

Custom Search