Info

GarageBox.Org adalah laman teknologi dan perkara yang kami minati yang disampaikan mengikut perspektif kami sendiri dalam Bahasa Melayu. Jika ada idea baru yang masih belum diterbitkan di internet, kami akan sampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Sebarang pertanyaan dan permintaan, sila hubungi kami di webmaster[a]garagebox.org .


 

GarageBox.Org is a website about technology and anything we like to do according to our perspective in Malay. If we have a new idea that still not publish in the internet, we will publish it in English. Any inquiry & request, please email us at webmaster[a]garagebox.org .

Microsoft Office lambat atau pegun (hang) selepas atau semasa logon. PDF Print E-mail
Written by Mr Garage   
Tuesday, 13 April 2010 20:38

Aku menghadapai masalah dengan Microsoft Outlook pada hari ini. Dari pagi sampai ke petang, aku tidak dapat menyelesaikannya. Aku sudah reinstall, remove dan repair fail pst dan macam-macam lagi.Aku hampir give up.

Apa yang paling nyata yang aku dapati bahawa selepas logon, ada status loading..... pada view pane. Sesungguhnya, masalah itu adalah untuk mengeluarkan paparan mailbox. Jika aku lancarkan Outlook dalam mod safe, tiada pula masalah. Cara untuk melancarkan Outlook dalam mod safe adalah menekan tanpa mengangkat butang Ctrl dan klik pada ikon Outlook.

Jika diperhatikan pada masalah di atas, didapati bahawa view pane pada masalah. Selepas berhempas pulas memikirkan masalah sebenarnya, rupa-rupanya view pane ini bergantung kepada kemudahan Windows Search.

Aku tidak berapa suka dengan Windows Search ini pada tampalan terkini Windows XP. Pencariannya amat lah lambat dan pelik.

Apa yang aku buat adalah uninstall program Windows Search dari Windows XP. Maka, Microsoft Outlook dapat dilancarkan dengan baik.

Rupa-rupanya, masalah sebenarnya pada Windows Search ini adalah terdapat algorithm yang salah menyebabkan keupayaan Outlook untuk memaparkan view pane menjadikan amat perlahan dan seterusnya pegun.

Sila dapatkan tampalan untuk masalah ini di sini, http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?familyid=C262BCFD-1E09-49B6-9003-C4C47539DF66&displaylang=en

 
You may send a trackback for this article by using the following Trackback link
Trackbacks provided by Trackback for Joomla




 
Twitter Digg Delicious Stumbleupon 

Custom Search