Info

GarageBox.Org adalah laman teknologi dan perkara yang kami minati yang disampaikan mengikut perspektif kami sendiri dalam Bahasa Melayu. Jika ada idea baru yang masih belum diterbitkan di internet, kami akan sampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Sebarang pertanyaan dan permintaan, sila hubungi kami di webmaster[a]garagebox.org .


 

GarageBox.Org is a website about technology and anything we like to do according to our perspective in Malay. If we have a new idea that still not publish in the internet, we will publish it in English. Any inquiry & request, please email us at webmaster[a]garagebox.org .

Google Map – Bantu orang lain tunjuk jalan. PDF Print E-mail
Written by Mr Garage   
Tuesday, 05 July 2011 22:03

Selalu kita berdepan dengan pertanyaan dari orang lain bagaimana untuk pergi ke sesuatu destinasi. Maka, kita pun menjawab, kiri, kanan, atas bawah, corner dan macam-macam lagi arah lagi. Kalau kita perlu menerangkan melalui chat servis pun masalah juga. Penat taip. Kadang kala perlu kita ulang banyak kali pulak tu.

Dengan Google Map, boleh menbantu kita untuk menerangkan kepada rakan kita yang bertanya arah untuk sesuatu destinasi.

 

Pertama, anda perlu layari laman Google Maps http://map.google.com

 

Selepas itu, cari lokasi permulaan perjalanan dan tandakan. Klik kanan pada tanda tersebut dan pilih “Destination from here”. Di sebelah kiri peta, akan terdapat ruang untuk mendapatkan lokasi destinasi akhir.

 

Selalunya, lokasi akhir yang anda inginkan tidak ditanda dengan tepat. Maka, kemas kini lokasi akhir dengan tepat dengan menggerakkan tanda kedua ini dan skrol peta jika perlu.

 

Semasa lokasi kedua ditanda, terdapat garis biru yang menunjukkan jalan yang perlu dilalui. Di sebelah kiri peta akan terdapat 1 atau lebih laluan cadangan yang boleh dipilih. Kadang kala, laluan tersebut tidak sesuai bagi kita dan kita ingin mengubahnya.

Cara untuk mengubahnya dengan drag garisan biru, satu persatu sehingga garisan biru itu mengikuti laluan yang kita kehendaki.

Jika puashati dengan laluan tersebut, klik pada LINK pada sebelah atas kanan. Di situ terdapat URL yang memaparkan laluan di Google Maps bersama tanda dan laluan tadi. URL ini boleh diberikan kepada rakan untuk perhatiannya. Atau anda boleh terus email kepadanya pada Option Email.

Last Updated on Tuesday, 05 July 2011 22:19
 
You may send a trackback for this article by using the following Trackback link
Trackbacks provided by Trackback for Joomla




 
Twitter Digg Delicious Stumbleupon 

Custom Search