|
Untuk mendaftar ke Paypal, layari paypal.com dan klik sign-up atau klik logo Paypal di bawah ini dan klik Sign-up Today! Pendaftaran adalah percuma.

Dari laman itu, terdapat 3 pilihan akaun, Personal, Premier dan Business. Bagi saya, tidak kira anda hanya menggunakan Paypal untuk pembelian barang-barang dan kemungkinan akan datang anda cuba berjinak-jinak dengan perniagaan, adalah lebih baik anda buka akaun Premier. Klik pada “Get Started”.
Di laman ini, adalah borang pendaftaran informasi berkenaan diri anda. Perlu diingat, nyatakan alamat dan nombor telefon dengan betul. Ini adalah penting, untuk pihak Paypal menghubungi anda jika terdapat masalah besar dengan akaun anda nanti. Jangan lupa untuk tanda pada terma dan syarat.
Selepas pendaftaran tamat, anda akan mendapat email melalui alamat email yang anda beri. Email ini untuk pengesahan alamat email anda dan seterusnya mengaktifkan akaun anda. Klik pada link yang terdapat dalam email tersebut dan anda perlu nyatakan 2 perkara atau soalan keselamatan.
Untuk sebarang pembelian, anda perlu memasukan maklumat kad kredit di akaun Paypal. Selepas login dengan alamat email dan password, klik tab Profile > Add/edit Credit Card. Klik “Add a Card”. Selepas tu, masukkan nama yang terdapat pada kad kredit, jenis kad, nombor kad, tarikh luput dan nombor CV (Card Verification). Anda juga perlu masukkan alamat surat-menyurat. Akhirnya, klik “Add Card”.

Jika proses di atas berjaya, kad ini masih tidak boleh digunakan. Paypal perlu mengesahkan kad kredit anda. Pengesahan ini untuk membuktikan kad kredit ini betul-betul kepunyaan anda. Cara Paypal membuat pengesahan dengan mengambil beberapa ringgit dari kad kredit anda dan dimasukan di dalam akaun Paypal anda. Transaksi ini akan terdapat dalam laporan/history kad kredit anda selepas beberapa hari. Pada maklumat transaksi ini nanti, akan terdapat kod rawak dari Paypal. Kod ini perlu dimasukan di profil kad kredit sebelum ini. Maka, selepas itu, anda boleh menggunakan akaun Paypal anda berserta kad kredit untuk pembelian dalam talian.
Untuk mendapatkan kod yang dijana secara rawak, adalah lebih baik jika kad tersebut didaftarkan dalam laman servis bank dalam talian. Ini kerana, anda boleh mendapatkan maklumat transaksi Paypal tadi (bersama kod) dengan kadar segera. Jika tiada, anda perlu menunggu laporan transaksi dari bank anda melalui surat yang dihantar setiap bulan. Sudah tentunya, lambat kan?
Penerangan ini adalah secara kasar sahaja. Langkah-langkah lebih lanjut boleh diikuti melalui Paypal.
Maklumat lain:
Paypal - Perkhidmatan transaksi kewangan |